Kelas Asas Microsoft Publisher

29 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 28 februari 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ms Publisher. Kelas ini telah disertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Smk Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas asas Ms Publisher adalah bertujuan untuk memastikan setiap pelajar mempunyai kemahiran menggunakan Ms Publisher. Para pelajar telah diarahkan untuk menghasilkan label dan kad jemputan. Pelajar digalakkan untuk menggunakan fungsi template yang telah disediakan pada Ms Publisher. Selain itu, pelajar juga telah dibimbing dalam menghasilkan label yang boleh digunakan pada peralatan sekolah, bekas air dan sebagainya. Tambahan pula, dalam kelas ini para pelajar telah didedahkan dengan penghasilan kad ucapan dengan memanfaatkan Ms Publisher. Antara ribon yang digunakan dalam kelas ialah seperti design dan layout yang merangkumi fill, line colour, table format, border,draw text box, margins, orientation, word art dan sebagainya.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Ms Publisher
2. Penerangan tentang penggunaan Publisher
3. Latihan penghasilan Label dan Kad Jemputan
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali